WCC: Tentang Kami
Visi
Misi
WCC komited dalam:- Menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak
- Memperkasakan wanita dan kanak-kanak
- Menggalakkan kesaksamaan gender dan keadilan sosial
Pasukan Kami
Kami mempunyai pasukan yang terdiri daripada 16 orang kakitangan dan sekitar 30-50 sukarelawan tetap dari pelbagai etnik, latar belakang sosial dan professional yang bekerjasama dalam program-program seranta (outreach), perkhidmatan kaunseling, penerbitan dan advokasi.

Kami dipimpin oleh Jawatankuasa Am (General Committee) yang dilantik oleh ahli-ahli WCC semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Setiap ahli jawatankuasa memiliki kebolehan dan pengalaman yang unik untuk disumbang kepada WCC sekaligus memperlihatkan kepelbagaian antara ahli-ahli kami. Selain Jawatankuasa Am, kami juga mempunyai pelbagai jawatankuasa tetap yang dianggotai oleh kakitangan dan sukarelawan utama, iaitu Jawatankuasa Sumber Manusia dan Jawatankuasa Kewangan. Kami juga mempunyai jawatankuasa kerja untuk perkhidmatan kaunseling dan tempat perlindungan, program seranta, advokasi, Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) dan WCC Value Shop yang akan bermesyuarat sekiranya terdapat keperluan.
Jawatankuasa Am (General Committee)
Tanggungjawab Jawatankuasa Am WCC adalah seperti berikut:- Menetapkan hala tuju strategi dan keutamaan organisasi
- Merangka dan mengkaji keputusan dasar yang sejajar dengan visi dan misi WCC
- Memastikan tadbir urus kewangan organisasi yang baik
- Menguruskan dan membangunkan aset fizikal dan sumber manusia organisasi
- Bekerjasama seiring dengan kakitangan WCC untuk mencapai misi organisasi
- Mempromosikan dan menegakkan nama baik organisasi
- Memimpin dalam pencarian rakan kongsi dan membangunkan rangkaian bagi meneruskan matlamat WCC
Jawatankuasa Am akan bermesyuarat setiap dua bulan untuk mengkaji semula hasil kerja yang terdahulu dan peluang pada masa kini dan masa yang akan datang untuk memastikan WCC memenuhi objektifnya.
Jawatankuasa Am 2025/2026
Presiden: Hajar Abdul Rahim
Naib Presiden: Aloyah Bakar
Naib Presiden: Susan Siew Pui Fun
Setiausaha Kehormat: Chang Mei Leng
Penolong Setiausaha Kehormat: Christine Khor Meow Wei
Bendahari Kehormat: Tan Chye Suan
Ahli Jawatankuasa: Chen Mun Peng, Lim Kian Leong dan Bhawani Nadarajan