Remaja & Keganasan

Persahabatan merupakan aspek penting dalam perkembangan remaja. Persahabatan memberikan rasa kepunyaan dan dinilai penting selain daripada ahli keluarga. Hal ini memberikan perasaan yakin dan selamat. Dalam fasa ini, normal bagi remaja tertarik dengan seseorang dan mahu menjalinkan hubungan istimewa. Untuk mengukuhkan hubungan tersebut, anda akan meluangkan lebih banyak masa bersama untuk kenal antara satu sama lain.

Oleh itu, penting untuk mengetahui dan menjalinkan hubungan yang sihat.

Apakah itu perhubungan sihat?

Dalam hubungan yang sihat, teman lelaki/wanita anda:

  • Percaya dan menyokong antara satu sama lain;
  • Hormat pendapat antara satu sama lain;
  • Bergembira dan membuat keputusan bersama;
  • Menerima antara satu sama lain;
  • Menyelesaikan permasalahan dengan komunikasi yang terbuka dan jujur;
  • Menghormati batas dan privasi antara satu sama lain

Apakah hubungan yang tidak sihat?

Perhubungan dianggap tidak sihat apabila kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka merasakan mereka tidak boleh menjadi diri sendiri apabila mereka bersama. Mereka berasa tertekan untuk melakukan perkara yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan/atau mengeluarkan perwatakan buruk antara satu sama lain. Secara amnya, rasa tidak hormat dan kawalan adalah ciri utama dalam hubungan yang tidak sihat.

Tanda-tanda hubungan yang tidak sihat

  • Kerap menelefon dan mesej, memberi hadiah dengan keterlaluan dan pujian yang melampau seperti “saya tidak pernah jumpa orang sempurna macam awak” tetapi berhenti setelah anda serius dalam perhubungan dengannya. Perlakuan seperti ini dikenali sebagai love bombing.
  • Anda berasa tidak menentu dan serba salah terhadap diri sendiri setelah meluangkan masa bersama. Dia tidak banyak berkongsi tentang diri tetapi sekadar membuatkan anda terpikat. Pelakuan seperti ini dikenali sebagai

Jenis-Jenis Hubungan Tidak Sihat

Terdapat dua jenis hubungan yang tidak sihat: toksik dan ganas. Walau bagaimanapun, tidak ada definisi yang jelas untuk membezakan hubungan toksik dan ganas. Kedua-dua perilaku adalah tidak sihat dan tidak boleh diterima. Ini memberikan trauma dan kesan jangka masa panjang pada orang yang mengalaminya.

Perhubungan Toksik

Perhubungan toksik terjadi apabila kedua-dua atau salah seorang tidak boleh berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan tingkahlaku kurang senang terhadap sesuatu situasi atau salah faham akibat daripada kurang kawalan.

  • Tidak mengendahkan batas dan membuatkan kedua-dua atau seseorang berasa serba salah.
  • Setiap salah faham menjadi pergaduhan dimana kedua-dua atau salah seorang cuba untuk menjatuhkan salah seorang.
  • Cepat menilai dan menghakimi antara satu sama lain atau salah seorang dan melenting tentang isu kecil.
  • Menyalahkan antara satu sama lain atau salah seorang dan pura-pura menjadi mangsa apabila keadaan tidak berlaku seperti yang diharapkan.
  • Berdiam diri apabila jangkaan tidak dipenuhi sebagai cara untuk memaksa antara satu sama lain atau salah seorang untuk memenuhi jangkaan tersebut.

Perhubungan yang Ganas

Perhubungan yang ganas boleh dilihat apabila seseorang bersikap dominan terhadap orang lain dengan tujuan untuk mengawal mereka.

  • Sengaja merendahkan emosi, pemikiran dan tindakan orang lain.
  • Memanipulasi dan menolak perasaan dan pemahaman orang lain terhadap sesuatu situasi.
  • Meletakkan nilai, pendapat dan cara terhadap orang lain.
  • Menakutkan orang lain dengan pelbagai ugutan termasuk ugutan emosi.
  • Keganasan fizikal dan/atau emosi untuk mengawal orang lain.
  • Menghendap orang lain – menjejak lokasi, memeriksa log panggilan dan mesej mereka.
  • Mengasingkan orang lain dengan kawan dan ahli keluarga.

 

Kesan-Kesan Perhubungan Tidak Sihat

Terlibat dalam perhubungan yang tidak sihat boleh mendatangkan kesan buruk kepada seseorang. Kesan-kesannya termasuklah:

Fizikal

  • Meningkatkan tahap tekanan
  • Keletihan dan masalah tidur
  • Mual dan sakit kepala yang teruk
  • Lebam
  • Penyakit kelamin
  • Penyalahgunaan bahan
  • Mengandung
Emosi
  • Takut
  • Kurang keyakinan diri
  • Kerisauan dan kemurungan
  • Mengasingkan diri
  • Imej diri yang negatif
  • Penghinaan dan malu
Sosial
  • Penurunan prestasi di sekolah
  • Kehadiran ke sekolah merosot kerana berasa tidak selamat
  • Susah untuk mempercayai orang lain dan membentuk hubungan yang bermakna
Lihat sumber berguna mengenai Remaja & Keganasan.
 
Kembali ke laman utama Remaja & Keganasan.