English Version

Faraid

Faraid adalah pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua iaitu:-

a) Harta tidak alih seperti tanah dan rumah; dan

b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

Penentuan tersebut dikeluarkan dalam bentuk Sijil Faraid.

Kadar Syarat bagi Setiap Ahli Waris

1.Bahagian DiperolehiSuami Kepada Si Mati
1/2Tidak mempunyai anak ATAU tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
1/4Mempunyai anak ATAU mempunyai cucu dari anak lelaki
2.Bahagian DiperolehiIsteri Kepada Si Mati
1/4Tiada anak ATAU tiada cucu dari anak lelaki
1/8Mempunyai anak ATAU mempunyai cucu dari anak lelaki
3.Bahagian DiperolehiAnak Perempuan Si Mati
1/2Hanya seorang sahaja DAN tiada anak lelaki
2/32 orang anak perempuan ATAU lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI- GHAIRIHMempunyai anak lelaki, mendapat separuh dari bahagian anak lelaki
4.Bahagian DiperolehiCucu Perempuan Anak Lelaki Si Mati
1/2Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/32 orang perempuan ATAU lebih DAN tiada anak
1/6Mempunyai seorang ATAU lebih jika dikira bersama seorang anak perempuan
ASABAH BI-GHAIRIHMempunyai cucu lelaki, mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki dari anak lelaki
TerhalangAdanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih
5.Bahagian DiperolehiBapa Kepada Si Mati
1/2Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan AsabahMempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki
AsabahTiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
6.Bahagian DiperolehiIbu Kepada Si Mati
1/6Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3Tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari bakiMempunyai bapa serta suami ATAU isteri
7.Bahagian DiperolehiDatuk Kepada Si Mati
Sama seperti BapaHanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
8.Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Seibu Sebapa Kepada Si Mati
1/2Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikan ASABAH
2/3Dua orang atau lebih dengan syarat tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya ASABAH
AsabahMempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk
TerhalangAdanya bapa, ATAU anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki
9.Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Sebapa
1/2Hanya seorang, tiada anak, cucu, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya ASABAH
2/3Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya ASABAH
1/6Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa
AsabahDisebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
TerhalangBapa, dua orang atau lebih saudara perempuan kandung, seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan, saudara kandung lelaki
10.Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Sebapa
1/6Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3Dua orang atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
TerhalangAdanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

*Sumber rujukan:

1. Buku Memasuki Gerbang Perkahwinan
2. Buku Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia oleh Dato’ Haji Ismail Yahya
3. Laman web: e-munakahat
4. Laman web: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)
5. Laman web: Jabatan Bantuan Guaman
6. Laman web: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
7. Laman web: Sister in Islam

Kembali ke laman utama Syariah: Perkahwinan, Perceraian dan Faraid