Undang-undang di Malaysia
Undang-undang berkenaan Keganasan Dalam Talian
Akta Keselamatan Dalam Talian 2025
Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia dengan mengawal selia kandungan yang memudaratkan dan memperuntukkan kewajipan ke atas dan obligasi pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian. Akta berkenaan telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2024 dan diwartakan pada Mei 2025. Akta dijangka berkuat kuasa selepas beberapa peraturan penting yang berkaitan diluluskan. Berikut ialah ciri-ciri utama Akta berkenaan:- Akta ini mentakrifkan beberapa kategori kandugan yang memudaratkan, termasuk bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, penipuan kewangan, dan kandungan yang boleh menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan, menghasut keganasan atau terorisme, atau boleh mendorong seseorang kanak-kanak untuk menyebabkan kemudaratan kepada dirinya. Daripada yang tersenarai, kandungan mengenai penganiayaan seksual kanak-kanak dan penipuan kewangan ditakrifkan sebagai kandungan utama yang berbahaya
- Akta ini juga menyatakan peruntukan bagi kewajipan pemberi perkhidmatan aplikasi dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, termasuk di dalam kewajipan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko pendedahan pengguna kepada kandungan yang memudaratkan, menjadikan mekanisme bagi pelaporan kandungan memudaratkan tersedia, melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak, dan mengadakan mekanisme bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioriti tidak dapat diakses kepada semua pengguna.
- Di bawah Akta ini, Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian telah ditubuhkan untuk menasihati dan memberikan cadangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan dalam talian.
- Akta ini juga memperuntukkan penubuhan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian bagi tujuan mengkaji semula keputusan yang dibuat oleh SKMM di bawah Akta ini.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Seksyen | Kesalahan | Hukuman |
211 | Kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau terlampau menyinggung perasaan (daripada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan). | Penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. |
233 | Penggunaan tidak wajar yang membabitkan kemudahan rangkaian atau perkhidmatann rangkaian bagi penyampaian kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau terlampau menyinggung perasaan dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan, mengancam, mengganggu atau melakukan kesalahan melibatkan penipuan serta kebohongan terhadap mana-mana pihak. | Penjara maksimum 2 tahun atau denda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Jika kesalahan dilakukan terhadap kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, pesalah yang disabitkan itu boleh dipenjara maksimum 5 tahun atau didenda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Apabila apa-apa komunikasi lucah bagi tujuan komersial diberikan, pesalah yang disabitkan boleh dipenjara maksimum 5 tahun atau didenda RM1juta atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda RM10,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. |
Kanun Keseksaan
Seksyen | Kesalahan | Hukuman |
292 | Apabila seseorang menjual, mengedar, mengeluarkan, memiliki, dsb., sebarang bentuk bahan lucah (kecuali untuk tujuan keagamaan) | Penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya |
293 | Apabila seseorang menjual, mengedar, mengedar, dsb., sebarang bentuk bahan lucah kepada mana-mana orang di bawah umur 20 tahun. | Penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya |
294 | Apabila seseorang, sehingga mengganggu orang lain, melakukan apa-apa perbuatan lucah di mana-mana tempat awam, menyanyi, membaca atau mengeluarkan sebarang lagu atau perkataan lucah | Penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya |
377D | Melanggar kesopanan. | Penjara maksimum 2 tahun |
503, 506 & 507 | Apabila seseorang mengugut orang lain dengan apa-apa kecederaan kepada orang berkenaan, reputasi atau hartanya dengan niat untuk menimbulkan kebimbangan kepada orang itu, walaupun dengan menggunakan komunikasi tanpa nama | Penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya. |
507A | Menghendap. Ini boleh termasuk komunikasi atau cubaan komunikasi dengan seseorang dalam apa jua cara atau dengan apa jua cara. | Penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya |
507B | Menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan | Penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya |
507C | Menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan terhadap seseorang yang berkemungkinan menghadapi gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan | Penjara maksimum 1 tahun atau denda atau kedua-duanya |
507D.(1) | Menyebabkan seseorang mempercayai kemudaratan bakal berlaku | Penjara maksimum 1 tahun atau denda atau kedua-duanya |
507D.(2) | Menyebabkan seseorang mempercayai kemudaratan bakal berlaku, dan jika orang yang diprovokasi cuba membunuh diri atau membunuh diri akibat provokasi | Penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya |
507E | Penerbitan, pengedaran atau penyediaan sebarang maklumat identiti yang boleh menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan | Penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya |
507F | Penerbitan, pengedaran atau penyediaan sebarang maklumat identiti yang boleh menyebabkan seseorang mempercayai kemudaratan bakal berlaku; atau berbuat demikian dengan cara yang berkemungkinan memudahkan kemudaratan terhadap seseorang atau orang yang berkenaan dengannya. | Penjara maksimum 1 tahun atau denda atau kedua-duanya |
507G | Definisi “mudarat”, “maklumat identiti” dan “orang yang berkenaan” (berkaitan dengan Seksyen 507D, 507E dan 507F) Mudarat bermaksud bahaya kepada badan, minda, reputasi atau harta seseorang termasuk bahaya psikologi. Maklumat identiti bermaksud sebarang maklumat yang mengenal pasti atau mendakwa mengenal pasti identiti seseorang. Orang yang berkenaan bermaksud, berkaitan dengan seseorang, keselamatan atau kesejahteraan mana-mana orang yang dijangka membimbangkan orang pertama yang disebut. | Rujuk Seksyen 507D, 507E & 507F |
509 | Perkataan atau isyarat dengan niat mengaibkan kehormatan seseorang. | Penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya. |
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Seksyen | Kesalahan | Hukuman |
5 | Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. | Penjara maksimum 30 tahun dan minimum 6 sebatan. |
6 | Membuat persediaan menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. | Penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga disebat. |
7 | Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pembuatan atau penghasilan, dsb, dalam bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. | Penjara maksimum 20 tahun dan minimum 5 sebatan. |
8 | Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. | Penjara maksimum 15 tahun dan minimum 3 sebatan. |
9 | Menjual, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kepada kanak-kanak. | Penjara maksimum 15 tahun dan minimum 5 sebatan. |
10 | Mengakses, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. | Boleh dipenjarakan maksimum 5 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. |
11 | Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak (kecuali bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan). | Penjara maksimum 3 tahun. |
12 | Pengantunan kanak-kanak (child grooming). | Penjara maksimum 5 tahun dan boleh juga disebat. |
13 | Berjumpa selepas pengantunan kanak-kanak. | Penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga disebat. |
14 | Amang seksual fizikal atas kanak-kanak (physical sexual assault). | Penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat. |
15 | Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak (non-physical sexual assault). Contohnya, menyuruh kanak-kanak tersebut menunjukkan badannya kepada seseorang untuk tujuan seksual. | Penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM 20,000 atau kedua-duanya. |
15A | Persembahan seksual oleh kanak-kanak | Penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda maksimum RM 50,000 |
15B | Pemerasan seksual kanak-kanak. | Penjara maksimum 10 tahun. |
16 | Kesalahan yang dilakukan dibawah Akta ini oleh orang yang mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak yang terlibat termasuk: a) ibu atau bapa/penjaga/saudara b) pengasuh c) guru/pensyarah/warden d) penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan e) jurulatih f) perkhidmat awam | Tambahan hukuman penjara maksimum 5 tahun dan mininum 2 sebat. |
19 | Kegagalan memberi maklumat tentang kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan membabitkan mangsa kanak-kanak kepada pegawai polis di balai berdekatan. | Boleh didenda maksimum RM5,000. |
25 | Peruntukan mengenai hukuman sebat sekiranya seseorang yang disabitkan di bawah Akta ini adalah lelaki berumur lebih daripada 50 tahun. | Masih boleh dihukum dengan hukuman sebatan. |
26 | Kaunseling pemulihan. | Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan, memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan itu dalam tempoh penahanannya. |
27 | Pengawasan polis. | Apabila seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya dia diletakkan dibawah pengawasan polis bagi suatu tempoh minumim 1 tahun, maksimum 3 tahun sebaik selepas habis tempoh hukuman dijatuhkan terhadapnya. |
Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016
Seksyen | Kesalahan | Hukuman |
15 | Sekatan media bagi melindungi identiti mangsa- Media tidak boleh mendedahkan nama, alamat/institusi pendidikan atau memasukkan butir mangsa yang terlibat dalam prosiding jenayah atau dibawah Akta ini dan menyebabkan mangsa dikenal pasti. | Boleh dipenjarakan maksimum 5 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. |
17(2c) | Seorang kanak-kanak dikatakan didera secara seksual jika kanak-kanak itu mengambil bahagian atau menjadi pemerhati dalam aktiviti yang berunsur seksual seperti: –
|
|
27, 28, 29 | Kewajipan untuk memaklumkan – Pegawai perubatan atau pengamal perubatan, anggota keluarga & pengasuh kanak-kanak hendaklah memberitahu Pegawai Kebajikan Masyarakat sekiranya kanak-kanak yang disyaki didera. | Jika gagal lapor, boleh dipenjarakan maksimum 2 tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. |
29A | Kewajipan untuk memaklumkan – sesiapa selain dari orang yang disebut di seksyen 27, 28 & 29 hendaklah memberitahu Pegawai Kebajikan Masyarakat sekiranya kanak-kanak yang disyaki didera. | Tiada hukuman. |
31(1) | Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.
Sesiapa yang memelihara seorang kanak-kanak-
|
Denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun. Sebagai tambahan, mungkin diperintahkan dengan bon kelakuan baik dan pelaksanaan khidmat masyarakat. |
32 | Kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis, dsb – mana-mana orang yang menggunakan kanak-kanak untuk aktiviti tersebut akan dihukum. | Boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya. Sebagai tambahan, mungkin diperintahkan dengan bon kelakuan baik dan pelaksanaan khidmat masyarakat. |
33 | Sesiapa yang membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan. | Boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya. Sebagai tambahan, mungkin diperintahkan dengan bon kelakuan baik dan pelaksanaan khidmat masyarakat. |
116 | Perlindungan informer – Sesiapa yang memberikan sebarang maklumat berkenaan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan tidak menanggung apa-apa liabiliti untuk fitnah kerana pemberian maklumat berkenaan. | Tiada hukuman. |