Mitos & Realiti
Mitos: Perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta sering menyebabkan pertengkaran dan berakhir dengan keganasan rumah tangga.
Realiti: Perkahwinan berlandaskan cinta tidak menjamin kebebasan daripada penderaan. Penderaan kepada isteri berlaku dalam perkahwinan berlandaskan cinta dan juga dalam perkahwinan yang diatur oleh keluarga.
Mitos: Penggunaan alkohol dan dadah menyebabkan penderaan.
Realiti: Mabuk hanyalah alasan untuk tingkah laku kasar dan bukan penyebabnya. Banyak hubungan yang tidak sihat melibatkan isu kerbergantungan kepada alkohol dan dadah. Namun tetapi, penderaan dan kebergantungan kepada dadah adalah dua isu yang berasingan. Penyelidikan menunjukkan bahawa walaupun pendera berhenti merokok atau mengambil dadah, penderaan boleh terus berlaku. Pendera hanya mencari sesuatu atau orang lain untuk dipersalahkan atas tingkah lakunya.
Mitos: Hanya lelaki miskin dan tidak berpelajaran yang mendera isteri mereka.
Realiti: Lelaki dari semua jenis latar belakang sosial mendera isteri mereka. Keganasan rumah tangga mungkin dilihat sebagai masalah utama kepada orang miskin, kerana wanita kelas menengah dan atas sering mempunyai cara dan sumber untuk menyembunyikan keganasan. Wanita yang didera dengan sumber yang kurang mudah dilihat dan ketara kerana mereka harus mencari institusi awam, seperti polis dan hospital, untuk bantuan.
Mitos: Hanya lelaki yang gagal dalam aspek lain dalam kehidupan mereka akan mendera isteri mereka.
Realiti: Lelaki yang berjaya juga mendera isteri mereka. Isteri-isteri lelaki yang berjaya lebih keberatan untuk mendedahkan tentang kejadian disebabkan oleh profil suami yang tinggi, kerana ini boleh mengancam kedudukan sosial suami, perniagaan atau pekerjaan suami, dan sering kali ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan isteri.
Mitos: Wanita yang didera telah melakukan sesuatu untuk menyebabkan penderaan.
Realiti: Tidak seorang pun, termasuk wanita, bertanggungjawab terhadap tingkah laku pasangan yang mendera. Walaupun pelaku tidak ingin untuk menerimanya, hanya pelaku sahaja perlu disalahkan atas penderaan yang berlaku. “Itu salah wanita” adalah pernyataan yang kerap digunakan sebagai alasan untuk tingkah laku pelaku apabila kebanyakan wanita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyenangkan pasangan mereka yang kasar. Pelaku memilih untuk mendera pasangannya, tanpa mengira tingkah laku wanita itu.
Mitos: Wanita sentiasa boleh meninggalkan perhubungan yang ganas.
Realiti: Wanita sering tinggal atau kekal dalam perhubungan yang ganas kerana mereka takut atau mereka berasa bersalah untuk meninggalkan hubungan tersebut. Kadang kala, mereka tinggal demi anak-anak mereka atau mereka bergantung secara kewangan dengan suami mereka.
Mitos: Hubungan yang ganas tidak akan berubah menjadi lebih baik.
Realiti: Kunci untuk menukar hubungan tidak sihat adalah kesediaan untuk pelaku bertanggungjawab terhadap tindakannya. Sekiranya pendera mengakui tindakannya, mahu berubah, dan mencari kaunseling, maka dia mempunyai peluang untuk berubah. Sekiranya pendera tidak menerima tanggungjawab ini dan enggan berubah, peluang terbesar wanita untuk hidup tanpa keganasan adalah dengan meninggalkan hubungan tersebut. Apabila wanita itu bersedia untuk menetapkan batas-batas yang sesuai untuk dirinya sendiri, percaya kepada nilai-nilainya sebagai manusia, dan mengembangkan dan menggunakan sumber-sumber dan sistem sokongan yang tersedia untuknya, dia akan mengambil langkah ke arah mencari keamanan dalam hidupnya.
Rujuk buku, poster dan risalah serta video mengenai Keganasan Rumah Tangga.