Mitos & Realiti

Mitos: Teman lelaki/wanita selalu cemburu kerana dia sayang dan ambil berat tentang saya.

Realiti: Perasaan sedikit cemburu adalah biasa dalam perhubungan. Tetapi, apabila cemburu tersebut berlebihan dan membawa kepada sikap mengawal jelas menunjukkan tanda-tanda perhubungan toksik. Apabila teman lelaki/wanita anda ingin mengetahui lokasi, aktiviti, dengan siapa anda berada atau marah apabila anda meluangkan masa dengan orang lain, itu adalah tanda-tanda yang dia mahu mengawal anda, dan itu bukan cinta. Kepercayaan dan hormat merupakan tanda-tanda cinta. Manakala cemburu yang keterlaluan adalah tidak.

Mitos: Jika saya sayangkan pasangan saya, saya perlu melakukan hubungan seks bersamanya.
Realiti: Di dalam perhubungan sihat, setiap orang perlu mengambil tahu perasaan dan menghormati batas antara satu sama lain. Terdapat pelbagai cara untuk meluahkan perasaan cinta terhadap seseorang selain seks. Anda tidak perlu melakukan hubungan seks sekiranya itu sahaja yang boleh mempertahankan perhubungan tersebut. Jika pasangan anda mengugut atau memaksa anda walaupun selepas anda kata “tidak” atau memaksa melakukan seks, maka ianya adalah rogol.

Mitos: Teman lelaki/wanita memaksa dirinya pada saya kerana tidak dapat mengawal dirinya.
Realiti: Teman lelaki/wanita anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap keinginan seksual mereka. Tidak dapat mengawal diri sendiri merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima dengan cara memaksa anda melakukan seks. Jika teman lelaki/wanita anda memaksa anda melakukan seks dan anda sudah katakan “tidak” jadi ianya adalah keganasan seksual. Anda perlu mendapatkan bantuan dan melaporkan kepada polis.

Mitos: Saya tidak akan mengandung sekiranya saya pertama kali melakukan hubungan seks.
Realiti: Seks yang tidak selamat atau kegagalan perancangan (penggunaan kondom yang tidak betul atau kondom yang rosak) boleh membuat anda mengandung walaupun ianya pertama kali. Ejakulasi yang berlaku di bahagian luar atau berhampiran pembukaan vagina juga boleh menyebabkan kehamilan. Kontraseptif kecemasan boleh diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Walaubagaimanapun, ia tidak boleh digunakan sebagai perlindungan jangka masa panjang. Penggunaan berlebihan atau mengambil pil perancang dalam jangka masa panjang boleh membawa kesan tidak baik kepada badan.

Mitos: Jika saya ber-dating dengan seseorang, saya perlu meluangkan masa saya sepenuhnya dengan dia.
Realiti: Dalam perhubungan yang sihat, anda sepatutnya dibenarkan mempunyai waktu sendiri untuk diri sendiri dan orang lain dalam hidup anda. Penting untuk mempunyai teman lelaki/wanita yang menghormati privasi anda. Mempunyai batas peribadi adalah tanda-tanda perhubungan yang sihat. Meluangkan masa khas bersama dengan teman lelaki/wanita juga baik.

Mitos: Jika kami bergaduh, itu adalah petanda buruk.
Realiti: Dalam perhubungan, pergaduhan adalah perkara yang sukar dielak. Bergaduh bukanlah menentukan anda berada dalam perhubungan yang tidak sihat atau ganas tetapi jika pergaduhan tersebut membawa kepada keganasan maka ianya adalah perhubungan tidak sihat. Penting untuk anda berbincang dengan seseorang untuk dapatkan bantuan.

Mitos: Tidak apa jika saya memutuskan hubungan dan kemudian sambung semula beberapa kali.
Realiti: Memutuskan hubungan dan berbaik semula beberapa kali berkemungkinan adalah perhubungan yang tidak sihat. Penting untuk mempertimbangkan sebab-sebab untuk berbaik semula selepas memutuskan hubungan. Jika anda berhadapan dengan perhubungan yang tidak sihat, ianya baik untuk ditamatkan.

Lihat sumber berguna mengenai Remaja & Keganasan.

Kembali ke laman utama Remaja & Keganasan.