English Version

SERVIS

Perkhidmatan yang Percuma dan Sulit

WCC menawarkan perkhidmatan dan sokongan percuma dan sulit kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami krisis, terutamanya untuk kes keganasan rumah tangga dan keganasan seksual. Sekiranya anda mengalami keganasan rumah tangga, rogol, gangguan seksual, masalah perkahwinan atau perhubungan, anda boleh menghubungi kami. Antara perkhidmatan kami adalah seperti berikut.

Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling kami dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang. Kami menyediakan kaunseling bersemuka, telefon dan dalam talian di dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina, Hokkien dan Tamil. Sila hubungi kami untuk membuat temu janji.

WCC Penang
241, Jalan Burma, 10350 Pulau Pinang
Tel: 04-228 0342
Hotlinep: 011-3108 4001
Emel: wcc@wccpenang.org

Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW)
13, Lorong Sutera 6, Taman Sutera, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tel: 04-398 8340
Hotline: 016-439 0698
Emel: ppw@wccpenang.org

Rujukan ke Tempat Perlindungan Sementara

Kami boleh merujuk anda dan anak anda ke tempat perlindungan sementara jika perlu. Tempat ini merupakan sebuah rumah selamat untuk anda melindungi diri daripada pendera dan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya. Tempoh tinggal di tempat perlindungan adalah mengikut keperluan kes. Tempat perlindungan sementara kami adalah percuma.

Maklumat Undang-Undang

Jika anda ingin tahu tentang hak anda dalam masalah keluarga seperti perceraian dan hak penjagaan anak, hubungi kami untuk membuat temu janji.

Sokongan untuk Mangsa

Pekerja sosial kami akan menemani anda ke balai polis, hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, jika perlu. Sekiranya kes anda dibawa ke mahkamah, WCC juga akan memberikan sokongan di mahkamah. Seorang pekerja sosial dan pegawai advokasi akan menemani anda sepanjang proses perbicaraan mahkamah, membantu anda membuat susulan dengan pelbagai agensi seperti polis, mengaturkan taklimat pra-perbicaraan dan sebagainya.

Sokongan untuk Hospital

Pusat Krisis Bersepadu atau dikenali sebagai One Stop Crisis Centre (OSCC) ditubuhkan di Jabatan Kecemasan di semua hospital kerajaan di seluruh negara. Mana-mana mangsa yang mengalami keganasan rumah tangga atau keganasan seksual boleh mendapatkan bantuan daripada OSCC, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan WCC. Pada tahun 2009, WCC memulakan perkhidmatan on-call di OSCC dengan memberikan kaunseling dan sokongan emosi dengan persetujuan mangsa. PPW/WCC Seberang juga memulakan perkhidmatan on-call yang sama dengan Hospital Seberang Jaya pada tahun 2012.

WCC bekerjasama rapat dengan kebanyakan hospital kerajaan di negeri Pulau Pinang. Pihak OSCC akan merujuk mangsa kepada WCC setelah mendapatkan persetujuan mangsa. Kami akan mengunjungi mangsa di hospital atau menjemput mangsa ke pejabat WCC bagi memberikan kaunseling emosi dan berkongsi maklumat.

Latihan untuk Agensi Kerajaan

WCC menjalankan latihan kepada agensi-agensi pemberi perkhidmatan supaya mereka lebih sensitif terhadap keperluan mangsa keganasan rumah tangga dan keganasan seksual. Sekiranya agensi anda ingin memahami cara memberikan perkhidmatan sokongan yang lebih baik dan meningkatkan pemahaman kakitangan anda tentang keganasan rumah tangga dan keganasan seksual, sila emel atau hubungi WCC untuk berbincang.

Kami bekerjasama rapat dengan pihak polis, hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah penting untuk agensi-agensi berkenaan memahami kerumitan isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak supaya mereka dapat memberikan sokongan yang sewajarnya kepada mangsa tanpa mengekalkan mitos dan persepsi masyarakat tentang keganasan tersebut.

Latihan untuk Doktor, Jururawat dan Pelajar Perubatan

Kami juga menjalankan latihan dan ceramah khusus untuk doktor, doktor pelatih, pekerja sosial perubatan, jururawat, pelajar perubatan dan kejururawatan supaya mereka boleh menawarkan perkhidmatan yang sensitif gender kepada mangsa keganasan rumah tangga dan keganasan seksual. Hal ini penting supaya mangsa tidak mengalami pemangsaan kali kedua (secondary victimisation) semasa mereka mendapatkan rawatan perubatan di hospital.