Faraid
Faraid adalah pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua iaitu:-
a) Harta tidak alih seperti tanah dan rumah; dan
b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.
Penentuan tersebut dikeluarkan dalam bentuk Sijil Faraid.
Kadar Syarat bagi Setiap Ahli Waris
1. | Bahagian Diperolehi | Suami Kepada Si Mati |
1/2 | Tidak mempunyai anak ATAU tidak mempunyai cucu dari anak lelaki | |
1/4 | Mempunyai anak ATAU mempunyai cucu dari anak lelaki | |
2. | Bahagian Diperolehi | Isteri Kepada Si Mati |
1/4 | Tiada anak ATAU tiada cucu dari anak lelaki | |
1/8 | Mempunyai anak ATAU mempunyai cucu dari anak lelaki | |
3. | Bahagian Diperolehi | Anak Perempuan Si Mati |
1/2 | Hanya seorang sahaja DAN tiada anak lelaki | |
2/3 | 2 orang anak perempuan ATAU lebih DAN tiada anak lelaki | |
ASABAH BI- GHAIRIH | Mempunyai anak lelaki, mendapat separuh dari bahagian anak lelaki | |
4. | Bahagian Diperolehi | Cucu Perempuan Anak Lelaki Si Mati |
1/2 | Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak | |
2/3 | 2 orang perempuan ATAU lebih DAN tiada anak | |
1/6 | Mempunyai seorang ATAU lebih jika dikira bersama seorang anak perempuan | |
ASABAH BI-GHAIRIH | Mempunyai cucu lelaki, mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki dari anak lelaki | |
Terhalang | Adanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih | |
5. | Bahagian Diperolehi | Bapa Kepada Si Mati |
1/2 | Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki | |
1/6 dan Asabah | Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki | |
Asabah | Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
6. | Bahagian Diperolehi | Ibu Kepada Si Mati |
1/6 | Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa | |
1/3 | Tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa | |
1/3 dari baki | Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri | |
7. | Bahagian Diperolehi | Datuk Kepada Si Mati |
Sama seperti Bapa | Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa | |
8. | Bahagian Diperolehi | Saudara Perempuan Seibu Sebapa Kepada Si Mati |
1/2 | Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikan ASABAH | |
2/3 | Dua orang atau lebih dengan syarat tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya ASABAH | |
Asabah | Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk | |
Terhalang | Adanya bapa, ATAU anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki | |
9. | Bahagian Diperolehi | Saudara Perempuan Sebapa |
1/2 | Hanya seorang, tiada anak, cucu, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya ASABAH | |
2/3 | Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya ASABAH | |
1/6 | Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa | |
Asabah | Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk | |
Terhalang | Bapa, dua orang atau lebih saudara perempuan kandung, seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan, saudara kandung lelaki | |
10. | Bahagian Diperolehi | Saudara Perempuan Sebapa |
1/6 | Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
1/3 | Dua orang atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
Terhalang | Adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki |
*Sumber rujukan:
1. Buku Memasuki Gerbang Perkahwinan
2. Buku Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia oleh Dato’ Haji Ismail Yahya
3. Laman web: e-munakahat
4. Laman web: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)
5. Laman web: Jabatan Bantuan Guaman
6. Laman web: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
7. Laman web: Sister in Islam
Kembali ke laman utama Syariah: Perkahwinan, Perceraian dan Faraid