Undang-undang di Malaysia

 

Undang-undang berkenaan Penderaan Seksual Kanak-kanak

Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016

Seksyen Kesalahan Hukuman
15 Sekatan media bagi melindungi identiti mangsa- Media tidak boleh mendedahkan nama, alamat/institusi pendidikan atau memasukkan butir mangsa yang terlibat dalam prosiding jenayah atau dibawah Akta ini dan menyebabkan mangsa dikenal pasti. Boleh dipenjarakan maksimum 5 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
27, 28, 29 Kewajipan untuk memaklumkan – Pegawai perubatan atau pengamal perubatan, anggota keluarga & pengasuh kanak-kanak hendaklah memberitahu Pegawai Kebajikan Masyarakat sekiranya kanak-kanak yang disyaki didera. Jika gagal lapor, boleh dipenjarakan maksimum 2 tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
29A Kewajipan untuk memaklumkan – sesiapa selain dari orang yang disebut di seksyen 27, 28 & 29 hendaklah memberitahu Pegawai Kebajikan Masyarakat sekiranya kanak-kanak yang disyaki didera. Tiada hukuman.
31(1) Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Sesiapa yang memelihara seorang kanak-kanak – (a)  yang  menganiaya, mengaibkan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak yang dipelihara atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi ke atas kanak-kanak itu; atau (b)  yang menganiaya kanak-kanak secara seksual atau menyebabkan/ membenarkannya dianiayai sedemikian. Denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun. Sebagai tambahan, mungkin diperintahkan dengan bon kelakuan baik dan pelaksanaan khidmat masyarakat.
32 Kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis, dsb – mana-mana orang yang menggunakan kanak-kanak untuk aktiviti tersebut akan dihukum. Boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya. Sebagai tambahan, mungkin diperintahkan dengan bon kelakuan baik dan pelaksanaan khidmat masyarakat.
33 Sesiapa yang membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan. Boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya. Sebagai tambahan, mungkin diperintahkan dengan bon kelakuan baik dan pelaksanaan khidmat masyarakat.
116 Perlindungan informer – Sesiapa yang memberikan sebarang maklumat berkenaan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan tidak menanggung apa-apa liabiliti untuk fitnah kerana pemberian maklumat berkenaan. Tiada hukuman.

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

SeksyenKesalahanHukuman
5Membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.Penjara maksimum 30 tahun dan minimum 6 sebatan.
6Membuat persediaan menghasilkan atau mengarahkan pembuatan atau penghasilan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.Penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga disebat.
7Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pembuatan atau penghasilan, dsb, dalam bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.Penjara maksimum 20 tahun dan minimum 5 sebatan.
8Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.Penjara maksimum 15 tahun dan minimum 3 sebatan.
9Menjual, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak kepada kanak-kanak.Penjara maksimum 15 tahun dan minimum 5 sebatan.
10Mengakses, dsb, bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.Boleh dipenjarakan maksimum 5 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
11Berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak (kecuali bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan).Penjara maksimum 3 tahun.
12Pengantunan kanak-kanak (child grooming).Penjara maksimum 5 tahun dan boleh juga disebat.
13Berjumpa selepas pengantunan kanak-kanak.Penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga disebat.
14Amang seksual fizikal atas kanak-kanak (physical sexual assault).Penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.
15Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak (non-physical sexual assault). Contohnya, menyuruh kanak-kanak tersebut menunjukkan badannya kepada seseorang untuk tujuan seksual.Penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM 20,000 atau kedua-duanya.
15APersembahan seksual oleh kanak-kanakPenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda maksimum RM 50,000
15BPemerasan seksual kanak-kanak.Penjara maksimum 10 tahun.
16

Kesalahan yang dilakukan dibawah Akta ini oleh orang yang mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak yang terlibat termasuk:

a) ibu atau bapa/penjaga/saudara

b) pengasuh

c) guru/pensyarah/warden

d) penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan

e) jurulatih

f) perkhidmat awam

Tambahan hukuman penjara maksimum 5 tahun dan mininum 2 sebat.
19Kegagalan memberi maklumat tentang kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan membabitkan mangsa kanak-kanak kepada pegawai polis di balai berdekatan.Boleh didenda maksimum RM5,000.
25Peruntukan mengenai hukuman sebat sekiranya seseorang yang disabitkan di bawah Akta ini adalah lelaki berumur lebih daripada 50 tahun.Masih boleh dihukum dengan hukuman sebatan.
26Kaunseling pemulihan.Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan, memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan itu dalam tempoh penahanannya.
27Pengawasan polis.Apabila seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya dia diletakkan dibawah pengawasan polis bagi suatu tempoh minumim 1 tahun, maksimum 3 tahun sebaik selepas habis tempoh hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Kanun Keseksaan

Seksyen Kesalahan Hukuman
354 Mencabul kehormatan (Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatannya). Penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
355 Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk menjatuhkan kehormatannya kecuali didesak dengan bangkitan-marah yang serius. Penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
372 Memperdagangkan seseorang untuk pelacuran. Penjara maksimum 15 tahun, sebat dan boleh juga didenda.
375 (a, g) & 376 Rogol ialah apabila seorang lelaki bersetubuh dengan seorang perempuan yang bukan isterinya yang sah tanpa kerelaannya. Rogol bawah umur adalah hubungan seksual dengan perempuan bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa kerelaannya. Penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
375B Rogol berkumpulan. Penjara minimum 10 tahun, maksimum 30 tahun.
376 (2) (d, e) Rogol bawah umur (jika perempuan berumur bawah 16 tahun) tanpa kerelaannya dan persetubuhan dengan perempuan bawah 12 tahun dengan atau tanpa kerelaannya. Penjara minimum 10 tahun, maksimum 30 tahun dan sebat.
376 (4) Menyebabkan kematian seorang perempuan semasa melakukan atau mencuba untuk melakukan rogol. Dihukum mati atau penjara minimum 15 tahun, maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan.
376A & 376B Sumbang mahram (Apabila seorang melakukan persetubuhan dengan orang yang dilarang dikahwini samada dibawah undang-undang, agama, adat atau kebiasaan). Penjara minimum 10 tahun, maksimum 30 tahun dan sebat.
377A & 377B Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii (Melakukan hubungan seksual dengan memasukkan zakar ke dalam dubur (liwat) atau mulut seseorang yang lain). Penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
377C Melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii tanpa kerelaan, atau meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera orang itu atau mana-mana orang lain. Penjara minimum 5 tahun, maksimum 20 tahun dan sebat.
377CA Perhubugan seks menggunakan objek ke dalam faraj (vagina) atau dubur seseorang lain tanpa kebenaran. Penjara minimum 5 tahun, maksimum 30 tahun dan sebat.
377D Melanggar kesopanan. Penjara maksimum 2 tahun.
377E Merangsang kanak-kanak bawah 14 tahun untuk melakukan kelucahan terlampau. Penjara minimum 3 tahun, maksimum 15 tahun dan sebat.
509 Perkataan atau isyarat dengan niat mengaibkan kehormatan seseorang. Penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (ECWA) dan pindaan yang berkaitan

Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (ECWA) membantu melindungi kanak-kanak (didefinisikan sebagai mana-mana orang di bawah umur 18 tahun) yang menjadi saksi dalam kes jenayah, untuk memastikan bahawa mereka boleh memberikan keterangan mereka tanpa merasa terlalu tertekan atau mengalami trauma. Akta ini telah dipinda dua kali, iaitu pada 2023 dan 2024, sejak diluluskan pada 2017.

Berikut adalah beberapa cara utama ECWA melindungi saksi kanak-kanak buat masa kini, terutamanya semasa proses mahkamah:

  • Seorang saksi kanak-kanak boleh memberikan keterangan dengan menggunakan penghadang untuk melindunginya daripada melihat tertuduh, melalui pautan langsung video atau rakaman video, atau melalui perbicaraan khas
  • Soal siasat saksi kanak-kanak juga boleh dilakukan melalui perantara untuk memudahkan komunikasi antara kanak-kanak dan mahkamah
  • Semasa prosiding mahkamah, hakim boleh menghentikan soalan yang tidak sesuai (seperti yang mengelirukan, menghina, berulang) apabila kanak-kanak memberi keterangan
  • Hakim juga boleh mengetepikan pakaian formal apabila kanak-kanak memberi keterangan untuk mewujudkan suasana yang lebih mesra dan tidak formal.
  • Seseorang saksi kanak-kanak boleh ditemani oleh orang dewasa semasa memberi keterangan, selagi orang dewasa itu tidak mengganggu prosiding mahkamah
  • Semasa pengurusan kes sebelum perbicaraan, mahkamah boleh menggariskan keperluan khas tentang cara saksi kanak-kanak memberikan keterangan, dengan mengambil kira umur kanak-kanak dan keperluan khusus (termasuk sebarang ketidakupayaan). Pengurusan kes sedemikian adalah wajib dalam kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses mahkamah jenayah, rujuk buku panduan mesra pengguna kami, Menghadapi Proses Mahkamah.

Rujuk buku, poster dan risalah serta video mengenai Penderaan Seksual Kanak-Kanak.

Kembali ke laman utama Penderaan Seksual Kanak-Kanak.