Escaping domestic violence during the Movement Control Order

Ayu* was married and had three young children. Shortly after her marriage, she discovered that her husband had a bad drug addiction. He would hit and abuse her verbally. The violence got worse when he was in the midst of a drug binge. He would fly completely out of control. Ayu realised that her home was no longer a safe place for her and her children.

One night during the Covid-19 Movement Control Order (MCO), Ayu was beaten up badly by her husband. She decided to leave the house with the children. She contacted her sister in the Klang Valley for help as she had no other relatives in Penang. Ayu searched online for assistance and contacted a women’s organisation. She was immediately referred to WCC. When her husband had gone out of the house, WCC’s social worker called her and guided her on what she needed to do.

Due to the MCO, there was no public transportation. Ayu had no vehicle of her own. She only had RM20 with her as her husband had taken all her money. Through tears, she told WCC that she needed the cash to buy food for her children. Ayu and her children then walked in the scorching heat for almost two hours to the nearest police station.

After Ayu lodged a police report, she was taken to hospital for a medical check-up. The police kindly provided lunch for Ayu and her children. WCC’s social worker also followed up closely with Ayu and the police Investigating Officer (IO) over the phone. Ayu and her children were then given special permission to travel interstate to her sister’s home. Ayu immediately contacted her sister, who made arrangements for Ayu’s brother-in-law to drive to Penang to pick them up. WCC’s social worker gave Ayu the IO’s handphone number in case she faced any difficulties with police roadblocks.

Hours later, Ayu’s brother-in-law arrived. He picked Ayu and the children up at the police station, but encountered a roadblock shortly after on their way back to their home state. Fortunately, they managed to resolve the issue and finally arrived at Ayu’s sister’s home at midnight. WCC’s social worker followed up closely with Ayu by phone and WhatsApp throughout the entire harrowing ordeal.

Ayu expresses her deep gratitude to WCC and all other agencies who rendered urgent support to her.

*Not her real name

Source: WCC Newslink (Jan – June 2020)

Terselamat dari keganasan rumah tangga semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Ayu* telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Tidak lama selepas perkahwinannya, dia mendapati bahawa suaminya mempunyai masalah ketagihan dadah yang teruk. Suaminya kerap memukul dan menderanya secara fizikal serta lisan. Keganasan tersebut menjadi semakin serius apabila suaminya mula mengambil dadah dalam kuantiti yang banyak. Penggunaan dadah secara berterusan ini sering menyebabkan dia hilang kawalan diri. Ayu mula sedar bahawa rumahnya bukan lagi tempat yang selamat buat dirinya dan juga anak-anaknya.

Pada satu malam semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 (PKP), Ayu telah dipukul teruk oleh suaminya. Dia terus mengambil keputusan untuk membawa anak-anaknya keluar dari rumah tersebut. Oleh kerana tidak mempunyai ahli keluarga lain yang tinggal di Pulau Pinang, Ayu menghubungi kakaknya yang tinggal di Lembah Klang untuk mendapatkan bantuan. Setelah mencari bantuan di atas talian, dia menghubungi sebuah organisasi wanita yang langsung melaporkan kes Ayu ke WCC. Pekerja sosial WCC lalu menghubungi Ayu untuk memberi bimbingan dan menjelaskan perkara yang perlu dia lakukan sejurus suaminya keluar dari rumah.

Disebabkan kekangan PKP, tiada pengangkutan awam yang beroperasi. Ayu juga tidak memiliki apa-apa kenderaan. Dia hanya mempunyai RM20 kerana semua wangnya telah dikebas oleh si suami. Dalam tangisan, Ayu telah mengadukan situasinya kepada WCC. Dia benar-benar memerlukan wang untuk membeli makanan buat anak-anaknya. Dalam keadaan terdesak, mereka telah berjalan selama hampir dua jam dalam cuaca yang panas terik untuk ke balai polis yang terdekat.

Setelah membuat laporan polis, Ayu telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pihak polis juga telah mengambil inisiatif menyediakan makan tengah hari buat Ayu dan anak-anaknya. Mereka kemudiannya telah diberikan kebenaran khas untuk untuk merentas negeri ke rumah kakaknya di Lembah Klang. Sejurus menghubungi kakaknya, Ayu telah diaturkan untuk berangkat ke Klang bersama abang iparnya yang akan datang menjemput mereka di Pulau Pinang. Pekerja WCC juga telah memberikan Ayu nombor telefon IO untuk dihubungi sekiranya mereka berhadapan sebarang kesulitan dengan sekatan jalan raya polis.

Beberapa jam kemudian, abang ipar Ayu tiba di Pulau Pinang dan terus menjemput mereka di balai polis. Namun begitu, dalam perjalanan pulang ke Klang, mereka menghadapi satu masalah sekatan jalan raya. Bernasib baik, mereka berjaya menyelesaikan masalah itu dengan cepat dan tiba di rumah kakak Ayu pada malam tersebut juga. Semenjak itu, pekerja sosial WCC sering membuat susulan rapat bersama Ayu melalui panggilan telefon dan WhatsApp dengan konsisten untuk membantunya mengharungi pengalaman pahit itu.

Ayu menzahirkan rasa terima kasih yang mendalam kepada WCC dan semua agensi lain yang telah memberikan sokongan dan bantuan segera kepadanya.

*Bukan nama sebenar

Sumber: WCC Newslink (Jan – Jun 2020)