Zainal* was a cheerful 11-year old boy who loved playing electronic games and football with his friends. When WCC’s social worker met him at the hospital, he was lost, quiet and frightened. After some warm coaxing by the social worker, Zainal tearfully revealed that he was molested by his “abang” who lived in the same flat building.
The 18-year old perpetrator, Ali*, seemed kind and regularly invited Zainal and his friends over to his flat to play video games.
One day, Zainal’s friends left early leaving him alone with Ali. Ali started to touch Zainal, gradually growing bolder and molesting him. Ali threatened to harm Zainal if he disclosed the incident. Later, Zainal’s best friend noticed that Zainal had started distancing himself. Zainal finally broke down and told his best friend what had happened. His best friend managed to inform his father, who then rang up Zainal’s mother, Siti*, to tell her what had happened.
Siti was a single mother, busy trying to earn a living. She was shocked. She lodged a police report against Ali. Zainal was then sent to the government hospital for a medical examination. When WCC’s social worker spoke to Siti, she said Zainal was recovering and didn’t need further counselling.
Three months later, WCC’s social worker received a frantic phone call from Siti: “Zainal has been sexually assaulted again!” In between sobs, Siti disclosed that whilst Zainal and his friends were playing football, a young man approached them to show them his new motorcycle. He then invited Zainal for a ride. Instead, he took Zainal to the men’s toilet in an empty community hall and sodomised him. Zainal’s neighbour found him crying at the stairway and informed Siti.
WCC’s social worker comforted Siti and explained to her and Zainal the seriousness of the crimes committed against Zainal. She assured them that WCC would support them so that Zainal would be able to access justice. She also went through the WCC Surviving Court video with them and explained the complicated court process so that they were able to understand it better.
Zainal had to attend two separate court trials for the two offences. He was able to brave himself to testify in court about the sexual assault incidents. During the trials, Zainal was accompanied by Siti, his school teacher, and WCC’s social worker and advocacy officer who were present to support him.
Siti expressed her immense gratitude to WCC: “I do not know what I would do without WCC’s help. I felt so helpless, but now I feel relieved as my son has managed to give his statement in court.”
Zainal continues to receive counselling from WCC for his traumatic experiences.
*Not their real names
Source: WCC Annual Review 2019
Membantu seorang mangsa penderaan seksual kanak-kanak
Zainal* merupakan seorang kanak-kanak ceria yang berusia 11 tahun. Dia gemar bermain permainan elektronik dan bola sepak bersama rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, semasa dilawati pekerja sosial WCC di hospital, Zainal kelihatan keliru, senyap, dan ketakutan. Selepas dipujuk baik pekerja sosial itu, dia akhirnya mengakui yang dirinya telah dicabuli “abang”nya yang tinggal di bangunan flat yang sama dengannya.
Ali*, pelaku yang berumur 18 tahun tersebut, sentiasa kelihatan ramah dan kerap mengajak Zainal dan rakan-rakan ke flatnya untuk bermain permainan video.
Pada suatu hari, Zainal ditinggalkan berdua-duaan bersama Ali setelah rakan-rakannya pulang awal ke rumah masing-masing. Ali mula menyentuh Zainal, dan kemudiannya telah mencabul kanak-kanak lelaki itu. Dia mengugut akan mencederai Zainal jika dia memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut. Tidak lama kemudian, kawan baiknya sendiri mula perasan yang Zainal telah mula menjauhkan dirinya daripada mereka. Oleh kerana tidak dapat menahan rasa sedihnya lagi, Zainal akhirnya telah menceritakan segala yang telah berlaku kepada sahabat baiknya. Rakan tersebut terus memaklumkan perkara itu kepada bapanya, yang kemudiannya telah menghubungi ibu Zainal, Siti* untuk menyampaikan berita pahit itu.
Siti merupakan seorang ibu tunggal yang sibuk berkerja keras demi mendapatkan sesuap nasi buat keluarganya. Dia berasa sangat terkejut dan terkilan apabila menerima berita itu. Dia lalu melaporkan Ali kepada pihak polis. Zainal kemudiannya telah dihantar ke sebuah hospital kerajaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Apabila dihubungi pekerja sosial WCC, Siti memberitahu mereka yang anaknya telah semakin pulih dan tidak memerlukan bantuan kaunseling.
Tiga bulan kemudian, pekerja sosial WCC telah menerima panggilan telefon cemas daripada Siti: “Zainal telah diserang seksual sekali lagi!” Dalam tangisan, Siti mendedahkan bahawa ketika Zainal dan rakan-rakannya sedang bermain bola sepak, mereka dihampiri seorang lelaki muda yang mahu menunjukkan motosikal baharunya. Zainal kemudiannya telah diajak untuk cuba menaiki motosikal itu bersamanya. Namun demikian, dia telah mengambil kesempatan itu untuk membawa Zainal ke tandas lelaki di sebuah balai raya yang kosong, dan meliwatnya secara paksa. Seorang jiran telah menemui Zainal yang sedang menangis teresak-esak di sebuah anak tangga, dan bergegas menghubungi Siti.
Pekerja WCC menenangkan Siti dan telah menerangkan kepadanya dan Zainal tentang tahap keseriusan jenayah serangan seksual ke atas Zainal itu. Mereka juga telah diberi jaminan bahawa WCC akan terus menyokong dan membimbing mereka sehingga kes Zainal mendapat keadilan sewajarnya. Selain itu, pekerja sosial WCC juga telah meneliti video ‘WCC Surviving Court’ bersama-sama dengan keluarga mangsa, dan telah menerangkan satu per satu proses mahkamah yang perlu mereka lalui, bagi memastikan Siti dan Zainal memahami proses tersebut dengan lebih baik.
Zainal perlu menghadiri dua perbicaraan berasingan melibatkan dua kesalahan tersebut. Dia telah memberanikan diri untuk memberikan keterangannya di hadapan mahkamah tentang kedua-dua insiden serangan seksual terhadapnya. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Zainal telah ditemani Siti, guru sekolahnya, pekerja sosial WCC, dan juga pegawai advokasi yang datang untuk memberinya sokongan moral.
Siti menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada WCC: “Saya tidak tahu apa yang mungkin saya lakukan tanpa bantuan WCC. Saya berasa sangat lemah dan tidak berdaya, tetapi kini, saya sangat lega terutamanya kerana anak saya telah berjaya memberikan keterangannya di hadapan mahkamah.”
Zainal kini menerima bantuan kaunseling daripada WCC untuk membantunya terus bangkit dari pengalaman traumatiknya itu.
*Bukan nama sebenar
Sumber: WCC Annual Review 2019
