Amy*, the daughter of a single mother, had just graduated and landed her first job as a medical assistant away from home. She was eager to learn and felt privileged to be working under one of her senior colleagues. They soon bonded and became good friends.
A male colleague of Amy’s was usually friendly and loved to flirt around jokingly with her and other female colleagues. So, when he tried to kiss and hug her, she was startled but he brushed it off as one of his usual jokes. One night, he started to send her inappropriate texts and obscene voice messages. Her fear kicked in when he boasted about how good he was at ‘secretly taking videos’. She then decided to report this harassment to the police. After Amy made the police report, the perpetrator was fired from his job.
Amy sought help from WCC. She told WCC’s social worker that she felt immense guilt over what had happened, and that she was not sure whether to proceed with the case. Not only was her employer blaming her for the incident, but she was also blaming herself and doubting whether she had done the right thing. Like in many other cases, especially when the perpetrator is a friend, Amy, as the victim, felt responsible for causing the perpetrator to lose his job and get into trouble with the law.
WCC’s social worker managed to make Amy aware of victim blaming. Amy grew to understand that it was the harasser, not her, who was responsible for the current situation. Supporting her through the court process, WCC gave Amy the assurance that she had taken the right step.
*Not her real name
Source: WCC Newslink (Oct – Dec 2018)
Membantu Mangsa Gangguan Seksual Berhenti Menyalahkan Diri Sendiri
Amy* yang merupakan anak kepada seorang ibu tunggal baru sahaja menamatkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan pertamanya sebagai seorang pembantu perubatan, jauh dari rumah. Dia penuh dengan semangat untuk belajar dan sering berasa bertuah dapat bekerja di bawah seorang rakan senior yang telah lama dikenalinya. Kedua-duanya segera menjadi kawan baik.
Amy mempunyai seorang rakan sekerja lelaki yang biasanya ramah dan suka bergurau-gurau menyakatnya dan pekerja wanita lain. Oleh sebab itu, apabila rakan itu cuba mencium dan memeluknya, Amy terkejut tetapi hanya menganggap perihal ini hanyalah satu jenaka biasa yang tidak serius. Namun begitu, pada suatu malam, rakan sekerja lelakinya itu mula menghantar teks dan mesej suara lucah kepadanya. Ketakutan Amy semakin memuncak apabila lelaki itu mula bermegah-megah tentang kebolehannya ‘merakam video secara rahsia’. Dia kemudiannya membawa perkara ini ke pengetahuan polis dan tidak lama selepas itu, lelaki tersebut dipecat dari pekerjaannya.
Tidak lama selepas itu, Amy telah meminta bantuan daripada WCC. Sejurus berbicara dengan pekerja sosial di sana, dia mula meluahkan tentang perasaan bersalahnya atas apa yang berlaku, serta kebingungan dan dilema yang dilaluinya. Amy tidak pasti sama ada dia mahu meneruskan kes tersebut atau tidak. Hal ini bukan sahaja disebabkan majikannya yang terus-menerus menyalahkan Amy atas apa yang berlaku, tetapi juga dirinya sendiri yang sering rasa bersalah dan kerap meragui segala keputusan yang diambilnya. Seperti dalam banyak kes lain, terutamanya apabila si pelaku merupakan rakan kepada si mangsa, Amy berasa bertanggungjawab menyebabkan penjenayah tersebut hilang pekerjaan dan ditahan pihak berkuasa.
Dengan bantuan pekerja WCC, Amy mula faham tentang victim-blaming atau dikenali juga sebagai mentaliti menyalahkan mangsa. Dia mula sedar bahawa si pelaku yang patut dipersalahkan, bukan dirinya sendiri. Amy mengerti yang dia tidak bertanggungjawab atas situasi yang menimpa dirinya. Sebagai satu jaminan yang Amy telah membuat keputusan yang tepat, WCC telah menyokong dan menemani setiap langkah Amy dalam melalui proses mahkamah.
*Bukan nama sebenar
Sumber: WCC Newslink (Okt – Dis 2018)
