Living on her own terms: WCC’s support through a violent marriage

Shan* was a university graduate earning a good income. Her first marriage ended in divorce. A year later, she entered into an arranged marriage with a man who was also divorced. Although she didn’t know him well, all she wanted was to get married again by the age of 30. Her future mother-in-law was not happy when she discovered that Shan was a divorcee. Yet, Shan’s fiancé persisted. Shan felt loved when he went against his mother’s wishes and married her. She felt “rescued”.

Shan and her new husband had two children within the first three years of their marriage. Conflicts began to arise. Shan’s husband saw it as his wife’s duty to care for the children and do domestic work despite both having full-time jobs. To make matters worse, he would always turn to his mother and complain about Shan.

Shan’s mother-in-law, prejudiced against her from the start, constantly interfered. Shan’s husband began using harsh and humiliating words when they fought. He and his mother kept blaming Shan for failing at her first marriage and for their current marital problems. Shan was hurt, lost, and confused. At times, she thought her husband’s behaviour was common male behaviour that had to be put up with. Shan didn’t realise that she was experiencing domestic violence.

Shan struggled with the cultural norms of her Indian community. For Hindus, marriage is an important social institution. It is considered sacred and essential for a woman. Divorce is seen as a sign of failure. Women are expected to stay on in a marriage as long as their husbands do not beat them.

Thus, Shan convinced herself that she should stay on, even though she felt helpless and depressed. Shan also felt that leaving would be selfish, because her children needed their parents together. On top of that, the thought of getting divorced for the second time was unbearable.

The final straw came when Shan’s husband beat her during one of their fights. She came to WCC for help, beset with fear, anxiety, and depression. She didn’t know what to do. WCC’s social worker worked closely with Shan to help her process her thoughts and plans. She also conducted couple counselling for Shan and her husband. The counselling process enabled Shan to reflect on her problems from different perspectives. Eventually, Shan was able to admit that he was not the right man for her. She also learnt not to blame herself for the breakdown of their marriage.

Shan came to understand that taking charge of her life and protecting her children were far more important than saving a toxic marriage.

Shan overcame the stigma and moved on. She made up her mind to file for divorce. She told us, “If I didn’t receive counselling from WCC, especially for my mental wellbeing, I would still suffer from destructive thoughts. Now I know I am happier as I’ve learned to live life on my own terms without worrying about how people perceive me.”

*Not her real name

Source: WCC Newslink (Jan – June 2021)

Hidup dengan cara sendiri: Sokongan WCC dalam menangani keganasan rumah tangga

Shan* merupakan seorang graduan universiti yang mempunyai pendapatan tetap dan lumayan. Perkahwinan pertama Shan telah berakhir dengan penceraian. Setahun kemudian, dia diaturkan pula untuk berkahwin dengan seorang duda. Walaupun dia tidak berapa kenal dengan bakal suaminya, Shan berhasrat untuk berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun. Bakal ibu mertuanya mula tidak senang hati apabila status janda Shan sampai ke pengetahuannya. Namun demikian, tunang Shan tetap dengan keputusannya untuk beristerikan Shan. Sikap bakal suaminya yang menentang kehendak ibunya sendiri semata-mata untuk berkahwin dengannya membuatkan Shan merasa amat disayangi.

Shan dan suami barunya telah dikurniakan dua cahaya mata dalam tempoh tiga tahun pertama perkahwinan mereka. Konflik rumah tangga mula timbul. Walaupun mereka berdua masing-masing mempunyai perkerjaan sepenuh masa, suami Shan menganggap pengurusan kerja rumah dan penjagaan anak-anak sebagai satu kewajipan yang patut seorang isteri penuhi. Tambahan lagi, sikap suaminya yang selalu mengadu tentang Shan kepada ibunya telah mengeruhkan lagi keadaan.

Ibu mertua Shan, yang dari awal lagi telah berprasangka buruk terhadapnya, sentiasa campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka. Suaminya mula menggunakan kata-kata yang kasar dan menghina apabila mereka bergaduh. Dia dan ibunya kerap menyalahkan Shan kerana gagal mempertahankan perkahwinan pertamanya dan menjadi punca kepada masalah rumah tangga mereka sekarang. Shan tersakiti, keliru, dan berasa amat buntu. Ada kalanya, Shan menganggap perbuatan suaminya itu hanyalah sikap biasa semua lelaki yang perlu dihadapinya dengan rela. Dia tidak sedar yang dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga.

Shan bergelut dengan norma budaya masyarakat India di sekelilingnya. Bagi penganut Hindu, perkahwinan merupakan sebuah institusi sosial yang sangat penting. Ia dianggap suci dan bermakna terutamanya bagi seorang wanita. Penceraian pula dilihat sebagai satu kegagalan. Wanita diajar untuk mengekalkan perkawinan mereka selagi si suami tidak naik tangan.

Oleh sebab itu, Shan menyakinkan dirinya untuk kekal bertahan dengan perkahwinan tersebut, meskipun dirinya sentiasa berasa tertekan dan tidak berdaya. Shan juga tidak mahu mementingkan diri sendiri dan menjadi punca anak-anaknya tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Tambahan lagi, keperitan melalui penceraian sekali lagi tidaklah sesuatu yang boleh ditanggungnya.

Kesabaran Shan mula hilang dalam salah satu pergaduhan mereka apabila suaminya naik tangan dan telah memukulnya. Dalam keadaan takut, tertekan, dan resah, Shan telah memohon bantuan WCC. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Pekerja sosial WCC lalu membuat susulan rapat dengan Shan untuk membantunya memproses dan mengatur pemikiran serta rancangannya. Dia juga telah mengaturkan beberapa sesi kaunseling buat Shan dan suaminya. Proses kaunseling tersebut telah memberi Shan peluang untuk merenung dan melihat masalahnya dari perspektif yang berbeza. Dia akhirnya mengakui yang suaminya bukanlah lelaki yang sesuai buat dirinya. Shan juga belajar untuk tidak menyalahkan dirinya sendiri atas kegagalan rumah tangga mereka.

Di mula sedar yang usaha mengambil alih hidupnya sendiri dan melindungi anak-anaknya adalah jauh lebih penting daripada cubaannya menyelamatkan perkahwinannya ‘toksik’ itu.

Shan telah bangkit dan mengatasi stigma tersebut. Dia membuat keputusan untuk memfailkan penceraian. Kemudiannya, dia memberitahu kami, “Jika saya tidak menerima bantuan kaunseling dari WCC, terutamanya kaunseling untuk kesejahteraan mental, saya mungkin akan masih menderita disebabkan pemikiran yang destruktif dan membinasakan diri. Kini, saya sedar yang saya lebih bahagia jika saya meneruskan hidup dengan cara saya sendiri, tanpa mempedulikan tanggapan orang lain terhadap saya.”

*Bukan nama sebenar

Sumber: WCC Newslink (Jan – Jun 2021)