UNTUK MUSLIM
Faraid
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.
Apa Itu Faraid?
Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.
Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:
- Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
- Barang kemas (emas, perak dll);
- Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
- Tanah, kebun, ladang dll;
- Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
Kadar Syarat Bagi Setiap Ahli Waris
1. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | SUAMI KEPADA SI MATI |
1/2 | Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki | |
1/4 | Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki | |
2. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | ISTERI KEPADA SI MATI |
1/4 | Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki | |
1/8 | Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki | |
3. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | ANAK PEREMPUAN SI MATI |
1/2 | Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki | |
2/3 | 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki | |
ASABAH BI-GHAIRIH | Mempunyai anak lelaki mendapat separuh dari bahagian anak lelaki | |
4. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | CUCU PEREMPUAN ANAK LELAKI SI MATI |
1/2 | Mempunyai seorang sahaja DAN tidak ada anak | |
2/3 | 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak | |
1/6 | Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan | |
ASABAH BI-GHAIRIH | Mempunyai cucu lelaki mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki | |
TERHALANG | Adanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih | |
5. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | BAPA SIMATI |
1/2 | Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki | |
1/6 dan Asabah | Mempunyai anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki | |
ASABAH | Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
6. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | IBU KEPADA SIMATI |
1/6 | Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa | |
1/3 | Tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa | |
1/3 dari baki | Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri |
7. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | DATUK KEPADA SIMATI |
Sama seperti Bapa | Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa | |
8. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | SAUDARA PEREMPUAN SEIBU SEBAPA KEPADA SIMATI |
1/2 | Tiada anak ,cucu bapa DAN tiada waris yang menjadikan Asabah | |
2/3 | Dua orang atau lebih dengan syarat tiada anak, cucu, bapa DAN ahliyang menjadikanya Asabah | |
ASABAH | Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk | |
TERHALANG | Adanya bapa, ATAU anak lelaki Atau cucu lelaki dari anak lelaki | |
9. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | SAUDARA PEREMPUAN SEBAPA |
1/2 | Hanya seorang, tiada anak, cucu, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikanya Asabah | |
2/3 | Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikanya Asabah | |
1/6 | Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa | |
ASABAH | Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk | |
TERHALANG | Bapa Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan Saudara lelaki kandung | |
10. | BAHAGIAN DIPEROLEHI | SAUDARA PEREMPUAN SEBAPA |
1/6 | Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
1/3 | Dua orang atau lebih tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki | |
TERHALANG | Adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki |
Rujuk bahan sumber.